Mencari Keredaan Allah
Assalamualaikum . Saya ingin berkongsi serba sedikit nasihat kepada saudara dan saudari sekalian. Mudah-mudahan artikal saya serba sedikit dapat dijadikan pedoman dan panduan kepada kita semua sebagai hamba Allah . Sebagai hamba Allah kita tidak lari dengan pelbagai ujian , begitu juga dengan saya . Namun , pelbagai ujian yang kita lalui dan hadapi adalah untuk menjadikan kita lebih tabah dan sabar . Setiap ujian yang kita lalui merupakan fasa untuk kita mengenal siapa diri kita dan siapa pencipta kita . Tidak lain dan tidak bukan lagi kita adalah hamba Allah dan Allah adalah pencipta kita sekalian alam . Apabila kita tidak kuat dalam menghadapi ujian kita hendaklah meminta pertolongan dari Allah S.W.T. Ada segelintir orang berpendapat bahawa bunuh diri adalah jalan terakhir , tetapi adakah orang tersebut pernah terfikir bahawa apakah dosa bagi orang yang membunuh diri ? Sesungguhnya kita adalah makluk yang kerdil di sisi Allah , jalan yang terbaik ketika menghadapi ujian adalah muhasabah diri kita dan tunduk kepada Allah memohon pertolongan . Setiap manusia menghadapi ujian mereka masing-masing dan bagaimana seseorang itu mampu menghadapinya . Apabila berasa tertekan cuba duduk sebentar , tenangkan fikiran dan cari semula sumbu semangat hidup serta yang paling penting banyakkan berdoa kepada Allah . Hanya Allah sahaja yang mengetahui dan memahami isi hati kita . Saya bukanlah ustaz ataupun pendakwah yang berjaya namun saya berharap artikal saya ini sedikit sebanyak mengingatkan kita sesama manusia . Saya juga masih belajar-belajar dan berharap dapat mendalami agama Islam dengan lebih dekat . Akhir kata dari saya , saya berdoa agar kita sama-sama mendapat keredaan Allah dan ditanamkan hati kita dengan sifat-sifat mahmudah dan dijauhkan dari sifat-sifat mazmumah . Ujian dari Allah bukanlah malapetaka tetapi sebaliknya adalah rahmat kepada kita .

No comments:
Post a Comment