
Assalamualaikum , kali ini saya hendak bercerita perihal peribadi saya serba sedikit. Bekerja?semua orang mampu boleh mentafsirkan sebagai perkara yang perlu untuk mencari sesuap nasi. Akan tetapi segelintir sahaja dapat menggunakan "bekerja" sebagai pengalaman. Pengalaman bekerja amat penting kerana di sinilah kita mempelajari sesuatu yang baru, tidak kisah lah sama ada kerja itu memberi pendapatan yang besar mahupun kecil. Pendapat saya?semestinya YA. Bagi saya pengalaman bekerja amat penting untuk memberi sesuatu perkara baru untuk dipelajari. Sememangnya pengalaman bekerja secara sambilan memberi pendapatan yang kecil, akan tetapi ianya memuaskan kerana hasil titik peluh saya sendiri dan yang paling paling paling penting HALAL. Melalui pekerjaan-pekerjaan ini saya serba sedikit mempelajari tentang kehidupan dan mencari KEBERKATAN hidup. Sebagai contoh baru-baru ini saya bekerja di MBO cinema, Square One Batu Pahat. Di sini saya mempelajari perkara baru seperti cara-cara membuat popcorn dan bahan-bahan yang digunakan. Selain itu , saya dapat mengetahui serba sedikit tentang cara pengurusan di MBO cinema. Saya mula bekerja pada umur 15 tahun di sebuah restoran di Bus Stand Batu Pahat. Ketika itu saya mula mengenal erti kehidupan dan erti kepenatan mencari sesuap nasi. Dengan di bayar gaji sebanyak RM20 sehari dari pukul 8 pagi sehingga 8 malam, walaupun gaji dibayar itu kecil tetapi bagi saya adalah pengalaman. Sejak dari itu saya mula berminat menceburi bidang perniagaan sehinggalah ke hari ini. Setakat ini pengalaman saya bekerja sambilan di beberapa buah tempat bermula di Restoran Zam-zam , Pizza Summit , KFC Aeon Big ( dahulunya Carrefour ) , Parkson Square One , bekerja di bahagian Banquet di Hotel Chorus Negeri Sembilan ( ketika pengajian ) , Kedai makan di Poli Mall ( ketika pengajian ) dan di MBO Square One. Di samping itu , saya dan bersama kawan saya ( safwan ) mencuba berniaga otak-otak, kebetulan minat berniaga kami sama. Ketika berniaga otak-otak saya dapat belajar tentang cara-cara melayan pelanggan untuk membeli otak-otak kami dan saya juga belajar untung rugi sesuatu perniagaan. Walaupun ramai yang mengkritik saya "boleh ke ko arif?", saya mengambil kritikan tersebut sebagai suntikan semangat. Kini saya bekerja sebagai 'Technician' di Panasonic System Networks Malaysia Sdn.Bhd di Johor Bahru. Walaupun masih ada segelintir kawan-kawan memandang sebelah mata tetapi saya akan buktikan saya mampu menjadi seorang usahawan yang berjaya kelak. Segala pandang sinis dan kritikan kawan-kawan yang hidup lebih mewah dan memiliki kelayakan pendidikan yang lebih tinggi ingin saya buktikan kepada mereka bahawa orang berkehidupan sederhana mampu berjaya. Pendidikan yang tinggi tidak menjamin kejayaan tanpa corakan hidup yang sempurna. Yang paling penting kerjalah apa sahaja tanpa memilih , bukan menunggu gaji dan kerja yang sesuai mengikut kehendak sendiri. Belajar hidup berdidikari tanpa menyusahkan ibu bapa dan tidak mudah berputus asa adalah prinsip hidup saya. Dan yang paling penting jangan lah kita mengkritik sesuatu pekerjaan seseorang kerana dia mungkin akan berjaya kelak. USAHA, DOA & TAWAKAL.
