Assalamualaikum , saya tertarik dengan komen seorang peminat Johor Darul Takzim (JDT) di facebook. Beliau menjelaskan mengapa Tengku Mahkota Johor (TMJ) membeli ramai pemain kebangsaan. Jawapan dari beliau adalah kerana TMJ ingin menerapkan kesefahaman antara pemain. Selain itu, pelantikan Bojan Hondak (Manager) dan César Ferrando Jiménez (Head Team Coach) memberi nafas baru kepada corak permainan skuad kebangsaan. Hal ini kerana mereka berdua menerapkan supaya anak buah mereka menggunakan permainan short pass, lebih kepada Tiki Taka. Hasilnya dapat dilihat selepas skuad kebangsaan menghadapi dua perlawanan , Malaysia mengawal bola dengan lebih baik dan menggunakan permainan short passing. Selepas dua perlawanan , ranking Malaysia telah melonjak sembilan anak tangga (boleh search di google). Apa yang saya ingin perkatakan di sini JDT bukanlah kelab yang merampas pemain kelab lain tetapi merupakan satu usaha yang dilakukan TMJ untuk menyemarakkan lagi BOLA SEPAK TANAH AIR serta memajukan bola sepak negeri Johor dan Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia kita hendaklah menyokong antara satu sama lain dan bukan melakukan provokasi sana sini. Jika bukan kita yang menyokong siapa lagi hendak menyokong Malaysia. Saya berharap post saya ini sedikit sebanyak dapat membuang sifat-sifat mazmumah dalam diri kita sebaliknya menanamkan sifat-sifat mahmudah dalam diri kita. Terima kasih kepada seseiapa yang membaca post saya ini.
Sunday, 30 March 2014
Assalamualaikum , post saya kali menceritakan serba sedikit tentang kehilangan MH370 seperti mana yang kita ketahui mengejutkan seluruh negara terutama negara Malaysia. Kita sebagai rakyat Malaysia hendaklah sentiasa mendoakan agar mereka masih lagi selamat. Namun disebalik kesedihan yang dialami oleh rakyat Malaysia bahkan seluruh negara masih ada manusia yang dengki dan menabur fitnah ke atas Malaysia dan Islam. Apa yang saya ingin katakan adalah CNN salah satu media di US. CNN terus menerus menabur fitnah dengan mengatakan Islam adalah terrorist yang bermaksud penjenayah. Apa yang saya ketahui respons yang diberikan oleh seluruh negara tidak mempercayai. Alhamdulillah . Saya cuma berharap rakyat Malaysia terus menerus sokong antara satu sama lain kerana kita sahaja yang mampu menolong Malaysia dengan memberi semangat kepada keluarga mangsa dan sahabat yang terlibat dalam kehilangan MH370 . Tidak kira bangsa dan agama kita hendaklah bersatu padu demi mempertahankan dari maruah negara kita terus dicaci dan dihina oleh CNN. Moga Allah tunjukkan kebenaran kepada kita semua dengan pertemukan kembali kapal terbang MH370 . Berikanlah semangat kepada keluarga mangsa yang terlibat di dalam tragedi MH370. Amin.
Subscribe to:
Comments (Atom)


