Wednesday, 23 July 2014


                     Assalamualaikum , kali ini saya hendak bercerita perihal peribadi saya serba sedikit. Bekerja?semua orang mampu boleh mentafsirkan sebagai perkara yang perlu untuk mencari sesuap nasi. Akan tetapi segelintir sahaja dapat menggunakan "bekerja" sebagai pengalaman. Pengalaman bekerja amat penting kerana di sinilah kita mempelajari sesuatu yang baru, tidak kisah lah sama ada kerja itu memberi pendapatan yang besar mahupun kecil. Pendapat saya?semestinya YA. Bagi saya pengalaman bekerja amat penting untuk memberi sesuatu perkara baru untuk dipelajari. Sememangnya pengalaman bekerja secara sambilan memberi pendapatan yang kecil, akan tetapi ianya memuaskan kerana hasil titik peluh saya sendiri dan yang paling paling paling penting HALAL. Melalui pekerjaan-pekerjaan ini saya serba sedikit mempelajari tentang kehidupan dan mencari KEBERKATAN hidup. Sebagai contoh baru-baru ini saya bekerja di MBO cinema, Square One Batu Pahat. Di sini saya mempelajari perkara baru seperti cara-cara membuat popcorn dan bahan-bahan yang digunakan. Selain itu , saya dapat mengetahui serba sedikit tentang cara pengurusan di MBO cinema. Saya mula bekerja pada umur 15 tahun di sebuah restoran di Bus Stand Batu Pahat. Ketika itu saya mula mengenal erti kehidupan dan erti kepenatan mencari sesuap nasi. Dengan di bayar gaji sebanyak RM20 sehari dari pukul 8 pagi sehingga 8 malam, walaupun gaji dibayar itu kecil tetapi bagi saya adalah pengalaman. Sejak dari itu saya mula berminat menceburi bidang perniagaan sehinggalah ke hari ini. Setakat ini pengalaman saya bekerja sambilan di beberapa buah tempat bermula di Restoran Zam-zam , Pizza Summit , KFC Aeon Big ( dahulunya Carrefour ) , Parkson Square One , bekerja di bahagian Banquet di Hotel Chorus Negeri Sembilan ( ketika pengajian ) , Kedai makan di Poli Mall ( ketika pengajian ) dan di MBO Square One. Di samping itu , saya dan bersama kawan saya ( safwan ) mencuba berniaga otak-otak, kebetulan minat berniaga kami sama. Ketika berniaga otak-otak saya dapat belajar tentang cara-cara melayan pelanggan untuk membeli otak-otak kami dan saya juga belajar untung rugi sesuatu perniagaan. Walaupun ramai yang mengkritik saya "boleh ke ko arif?", saya mengambil kritikan tersebut sebagai suntikan semangat. Kini saya bekerja sebagai 'Technician' di Panasonic System Networks Malaysia Sdn.Bhd di Johor Bahru. Walaupun masih ada segelintir kawan-kawan memandang sebelah mata tetapi saya akan buktikan saya mampu menjadi seorang usahawan yang berjaya kelak. Segala pandang sinis dan kritikan kawan-kawan yang hidup lebih mewah dan memiliki kelayakan pendidikan yang lebih tinggi ingin saya buktikan kepada mereka bahawa orang berkehidupan sederhana mampu berjaya. Pendidikan yang tinggi tidak menjamin kejayaan tanpa corakan hidup yang sempurna. Yang paling penting kerjalah apa sahaja tanpa memilih , bukan menunggu gaji dan kerja yang sesuai mengikut kehendak sendiri. Belajar hidup berdidikari tanpa menyusahkan ibu bapa dan tidak mudah berputus asa adalah prinsip hidup saya. Dan yang paling penting jangan lah kita mengkritik sesuatu pekerjaan seseorang kerana dia mungkin akan berjaya kelak. USAHA, DOA & TAWAKAL.



Monday, 23 June 2014

         

Mencari Keredaan Allah



Assalamualaikum . Saya ingin berkongsi serba sedikit nasihat kepada saudara dan saudari sekalian. Mudah-mudahan artikal saya serba sedikit dapat dijadikan pedoman dan panduan kepada kita semua sebagai hamba Allah . Sebagai hamba Allah kita tidak lari dengan pelbagai ujian , begitu juga dengan saya . Namun , pelbagai ujian yang kita lalui dan hadapi adalah untuk menjadikan kita lebih tabah dan sabar . Setiap ujian yang kita lalui merupakan fasa untuk kita mengenal siapa diri kita dan siapa pencipta kita . Tidak lain dan tidak bukan lagi kita adalah hamba Allah dan Allah adalah pencipta kita sekalian alam . Apabila kita tidak kuat dalam menghadapi ujian kita hendaklah meminta pertolongan dari Allah S.W.T. Ada segelintir orang berpendapat bahawa bunuh diri adalah jalan terakhir , tetapi adakah orang tersebut pernah terfikir bahawa apakah dosa bagi orang yang membunuh diri ? Sesungguhnya kita adalah makluk yang kerdil di sisi Allah , jalan yang terbaik ketika menghadapi ujian adalah muhasabah diri kita dan tunduk kepada Allah memohon pertolongan . Setiap manusia menghadapi ujian mereka masing-masing dan bagaimana seseorang itu mampu menghadapinya . Apabila berasa tertekan cuba duduk sebentar , tenangkan fikiran dan cari semula sumbu semangat hidup serta yang paling penting banyakkan berdoa kepada Allah . Hanya Allah sahaja yang mengetahui dan memahami isi hati kita . Saya bukanlah ustaz ataupun pendakwah yang berjaya namun saya berharap artikal saya ini sedikit sebanyak mengingatkan kita sesama manusia . Saya juga masih belajar-belajar dan berharap dapat mendalami agama Islam dengan lebih dekat . Akhir kata dari saya , saya berdoa agar kita sama-sama mendapat keredaan Allah dan ditanamkan hati kita dengan sifat-sifat mahmudah dan dijauhkan dari sifat-sifat mazmumah . Ujian dari Allah bukanlah malapetaka tetapi sebaliknya adalah rahmat kepada kita .

Sunday, 30 March 2014



Assalamualaikum , saya tertarik dengan komen seorang peminat Johor Darul Takzim (JDT) di facebook. Beliau menjelaskan mengapa Tengku Mahkota Johor (TMJ) membeli ramai pemain kebangsaan. Jawapan dari beliau adalah kerana TMJ ingin menerapkan kesefahaman antara pemain. Selain itu, pelantikan Bojan Hondak (Manager) dan César Ferrando Jiménez (Head Team Coach) memberi nafas baru kepada corak permainan skuad kebangsaan. Hal ini kerana mereka berdua menerapkan supaya anak buah mereka menggunakan permainan short pass, lebih kepada Tiki Taka. Hasilnya dapat dilihat selepas skuad kebangsaan menghadapi dua perlawanan , Malaysia mengawal bola dengan lebih baik dan menggunakan permainan short passing. Selepas dua perlawanan , ranking Malaysia telah melonjak sembilan anak tangga (boleh search di google). Apa yang saya ingin perkatakan di sini JDT bukanlah kelab yang merampas pemain  kelab lain tetapi merupakan satu usaha yang dilakukan TMJ untuk menyemarakkan lagi BOLA SEPAK TANAH AIR serta memajukan bola sepak negeri Johor dan Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia kita hendaklah menyokong antara satu sama lain dan bukan melakukan provokasi sana sini. Jika bukan kita yang menyokong siapa lagi hendak menyokong Malaysia. Saya berharap post saya ini sedikit sebanyak dapat membuang sifat-sifat mazmumah dalam diri kita sebaliknya menanamkan sifat-sifat mahmudah dalam diri kita. Terima kasih kepada seseiapa yang membaca post saya ini.




Assalamualaikum , post saya kali menceritakan serba sedikit tentang kehilangan MH370 seperti mana yang kita ketahui mengejutkan seluruh negara terutama negara Malaysia. Kita sebagai rakyat Malaysia hendaklah sentiasa mendoakan agar mereka masih lagi selamat. Namun disebalik kesedihan yang dialami oleh rakyat Malaysia bahkan seluruh negara masih ada manusia yang dengki dan menabur fitnah ke atas Malaysia dan Islam. Apa yang saya ingin katakan adalah CNN salah satu media di US. CNN terus menerus menabur fitnah dengan mengatakan Islam adalah terrorist yang bermaksud penjenayah. Apa yang saya ketahui respons yang diberikan oleh seluruh negara tidak mempercayai. Alhamdulillah . Saya cuma berharap rakyat Malaysia terus menerus sokong antara satu sama lain kerana kita sahaja yang mampu menolong Malaysia dengan memberi semangat kepada keluarga mangsa dan sahabat yang terlibat dalam kehilangan MH370 . Tidak kira bangsa dan agama kita hendaklah bersatu padu demi mempertahankan dari maruah negara kita terus dicaci dan dihina oleh CNN. Moga Allah tunjukkan kebenaran kepada kita semua dengan pertemukan kembali kapal terbang MH370 . Berikanlah semangat kepada keluarga mangsa yang terlibat di dalam tragedi MH370. Amin.