Friday, 30 August 2013

Mencari Jawapan

Malam jumaat semalam selalunye bbdak asrama kene dgr ceramah selepas maghrib sampai la waktu isyak. Ceramah semalam bertemakan kemerdekaan yg dsmapaikan oleh ustaz. Ceramah semalam membuatkan aku terfikir sejenak dan memberi sedikit sebanyak keinsafan kepada aku. Kemerdekaan,yup memang benar kita telah lama merdeka tetapi hakikatnya kita merdeka dari segi jasmani sahaja. Adakah kita telah merdeka dari segi rohani pula?. Maksud rohani adalah adakah kita telah berjaya melaksanakan tanggungjawab kita sebagai umat Islam, berjaya dari melakukan dosa, berjaya menghambakan diri kepada Allah, berjaya melakukan perkara-perkara mahmudah dan menjauhi perkara-perkara mazmumah dan sebagainya. Aku mengaku aku masih lagi belum melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba Allah. Aku masih belum merdeka dari segi rohani. Ceramah itu membuatkan aku bertanya diri aku "kau da merdeka k arif?". Aku berharap aku akan mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai umat Islam dengan mengubah diri aku sedikit demi sedikit. Aku juga memohon kepada Allah agar aku dan umat Islam yang lain juga dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba ALLAH. Sempena hari kemerdekaan negara Malaysia aku berharap kita dapat menghayati makna sebenar kemerdekaan. Assalamualaikum. SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN.

Tuesday, 13 August 2013

aku nak share sikit mengenai diri aku dan adik beradik aku..

gambar kt atas ini merupakan adik beradik aku.. along (aku) , adik , hakim dan angah.. walaupun diorang ini kadang-kadang nakal tp seriusly, aku sayang diorang semua , yelah mane ada abg tak sayang adik kan.. sebagai seorang abang aku sedaya upaya menjadi contoh kepada diorang ini , walaupun aku tak mampu menjadi seorang abang sempurna sekurang-kurangnya sedikit sebanyak diorang dapat belajar sesuatu dari aku.. alhamdulillah sebagai contoh,aku bukan lah seorang yang merokok dan apa yang aku happy diorang juga tidak merokok walaupun hakikatnya ayah aku seorang perokok. Dan alhamdulillah juga walaupun diorang ini nakal tp diorang tak buat perkara-perkara yang bukan-bukan dan yang paling penting diorang respect kat mak dan ayah aku.. In Shaa Allah ,aku akan melakukan yang terbaek untuk menjadi contoh kepada diorang walaupun aku tahu tanggungjawab itu sangat berat..

#Along sentiasa doakan korang berjaya dan menjadi seorang manusia yang berguna dan paling penting menjadi umat islam yang beriman.. amin..
walaupun aku bukan seorang blogger person & walaupun hari ini merupakn hari raya ke-7 aku ingin memohon kemaafan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki jika aku sekeluarga ada melukakan kesalahan dan kesilapan , diharap dapat dimaafkan pada hari yang mulia ini.. :)