Friday, 30 August 2013

Mencari Jawapan

Malam jumaat semalam selalunye bbdak asrama kene dgr ceramah selepas maghrib sampai la waktu isyak. Ceramah semalam bertemakan kemerdekaan yg dsmapaikan oleh ustaz. Ceramah semalam membuatkan aku terfikir sejenak dan memberi sedikit sebanyak keinsafan kepada aku. Kemerdekaan,yup memang benar kita telah lama merdeka tetapi hakikatnya kita merdeka dari segi jasmani sahaja. Adakah kita telah merdeka dari segi rohani pula?. Maksud rohani adalah adakah kita telah berjaya melaksanakan tanggungjawab kita sebagai umat Islam, berjaya dari melakukan dosa, berjaya menghambakan diri kepada Allah, berjaya melakukan perkara-perkara mahmudah dan menjauhi perkara-perkara mazmumah dan sebagainya. Aku mengaku aku masih lagi belum melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba Allah. Aku masih belum merdeka dari segi rohani. Ceramah itu membuatkan aku bertanya diri aku "kau da merdeka k arif?". Aku berharap aku akan mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai umat Islam dengan mengubah diri aku sedikit demi sedikit. Aku juga memohon kepada Allah agar aku dan umat Islam yang lain juga dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba ALLAH. Sempena hari kemerdekaan negara Malaysia aku berharap kita dapat menghayati makna sebenar kemerdekaan. Assalamualaikum. SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN.

No comments:

Post a Comment